Wednesday, July 13, 2011

Buah.



193/365 | 種をまく日々

cantik itu ujian.buruk itu ujian.cantik luar dalam buruk.buat apa.macam durian si peniaga dari myammar itu jual tempoh hari.sukar nak kopek.berdarah tapak tangan.tapi isi nya berulat.tak juga buruk itu bagus.tapi okay lah tak bersusah payah nak mendapatkannya,sebab manusia fitrahnya memandang rupa.tapi manusia mudah lupa.dulu dah ditipunya durian cantik.sekarang ditipunya oleh peniaga myammar itu tembikai.katanya tembikai itu manis.merah menyala bak api nyalaan penunu bunsen yang tidak sempurna.berjelaga.kahkahkah.dibelinya juga sebab pandangan nya kabur berbaur api -api si peniaga.

diambilnya pisau,dibelahnya tembikai.hampa.pudar warnanya.bukan nak kata manis.masam lagi adalah.hampa kali kedua.kali ketiga kembali ke gerai yang sama.reputasi dah jatuh teruk.datang dengan niat memalukan si peniaga.kahkahkah.sendiri bodoh nak salahkan orang.hoi peniaga sial,keluar!.pekik bak hang tuah mencabar jebat beradu tenaga.sahut lembut si peniaga,kali ini melayu,berbaju kebaya sendat.celak di mata.cantik.ye saya?.semalam tembikai tak manis pun?masam mencuka tadi berubah kepada senyum gatal menggoda.beli sini eh?sorry!.suara manja diikuti duckface persis profile picture google+ nya.ha,mempelam ni mesti manis.abang beli yang ni ok?.ok.jawab hangtuah takda pendirian tadi.

esoknya datang lagi bawa parang."mampos korang semua".





p/s kahkahkah.apa aku cuba buktikan ni?





1 comment:

Miscellaneous Smiles said...

nak jadi hang tuah kah.?

hahaa