Sunday, July 24, 2011

Kalau Dah Jodoh Aku Akad.



Satu hari seorang mamat kacak bercermin mata oakley ducati special edition tak habis bayar lagi pulang kerja gedek-gedek naik basikal bertayar halus yang kena bawak atas jalan tar sahaja konon basikal power singgah sebentar di sebuah kedai pakcik jual kamera lama kerana buah hatinya yang jauh dimata dekat dihati berhajat untuk memilik sebuah kamera.

"second hand pun ok!:)".terngiang-ngiang lagi tulisan comic sans di yahoo messenger nya.
*kling.kling*effect pintu kedai dibuka.

"selamat datang"kata pakcik otai kamera.

"hai".cuba berlagak tahu bercakap bahasa rakyat tempatan dengan fasih.walhal lintang pukang.

belek punya belek koleksi kamera pakcik tu.terpandang la mamat yang hensem sikit dari kenney g tadi ke sebuah kamera yang disebut-sebut nya 3 tahun lepas/.#shit.
terus dia tweet dalam kedai tu juga.

"awek lama muncul,tapi gua takdak duit nak bayar akad nya".
mamat tadi cuba risik pakcik otai tadi.

"saya nak tunang dia 2 minggu dulu,nanti ada duit saya nikah dengan dia"

"eh awek ni rare,ramai dah cuba risik...tapi ok la,saya cuba tak bagi orang lain pinang dia dulu".jawab pakcik tadi mewakili ayah si awek.

"trimas pakcik"jawab mamat yang sangat hensem daripada kumpulan KPOOP malaysia itu.

*kling.kling*.mamat tadi keluar kedai.menyesal sebab dia masuk.kang dah terrisik anak orang.

"ikat perut gua macam ni".









3 comments:

incik neng said...

apa cermin abnag kacak?

adzuan aziz said...

ye incik neng?

Ashikin said...

tape pertolongan kemanusiaan boleh diatur